Monday, October 9, 2017

10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal

Assalamualaikum semua.

Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis dalam kalangan masyarakat kita berlaku disebabkan kekurangan atau ketidak keberkesanan hormon insulin dalam badan. Bagaimana hormon insulin ini berfungsi? Glukosa dapat masuk ke dalam sel-sel dalam badan dengan adanya insulin ini. Glukosa dalam sel-sel ini akan dijadikan sebagai sumber tenaga. Jadi, apabila tiada insulin dalam badan, kadar glukosa darah akan meningkat. Diabetes ini boleh dikesan awal jika kita tahu tanda-tanda diabetes peringkat awal. Sebelum itu, kita berkenalan sikit dengan jenis-jenis diabetes dan perbezaan keduanya. 



Diabetes/Kencing Manis terbahagi kepada 2 jenis:
1. yang bergantung kepada insulin (diabetes Jenis I)
2. yang tidak bergantung kepada insulin (diabetes Jenis II) 

Diabetes jenis 1 jarang-jarang berlaku tetapi apabila berlaku kepada seseorang, keadaanya lebih teruk. Penyakit ini lebih cenderung untuk menyerang golongan yang lebih muda dalam lingkungan 10-16 tahun. Diabetes jenis 1 ini terjadi dengan sangat cepat dan menyebabkan pengeluaran insulin dimusnahkan. Penyakit ini boleh berlaku walaupun tiada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ini dan juga bukan berlaku kerana obesiti atau kegemukan. Gejala yang dihidapi penghidap diabetes jenis 1 ini lebih serius berbanding diabetes jenis II. Rawatan yang boleh dilakukan pada pesakit ini adalah melalui pengawalan pemakanan dan juga menggunakan suntikan insulin. 

Berbeza pula bagi pesakit diabetes jenis II yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Pesakit untuk diabetes jenis ini kebiasaannya adalah dalam lingkungan 35 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. Selain faktor sejarah keluarga, diabetes jenis ini juga sering berlaku atas faktor kegemukan dan obesiti. Diabetes jenis II ini menyebabkan paras glukosa meningkat dan berlaku secara perlahan-lahan akibat insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi. 

Bahayanya diabetes jenis II ini kerana ianya berlaku secara senyap atau dikatakan sebagai penyakit senyap dan kebiasaannya cuma dapat dikesan apabila terjadinya komplikasi atau kebetulan sedang buat rawatan. Rawatan yang boleh dilakukan bagi persakit diabetes jenis II ini adalah dengan mengawal pemakanan dan senaman bertujuan mengurangkan berat badan. Selain itu, melalui ubat yang diberi oleh doktor dan juga suntikan insulin bagi kes tertentu.

Jadi, kita dah kenal serba sedikit tentang penyakit diabetes. Bagaimana pula nak tahu tanda-tanda diabetes peringkat awal?

Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal
1. Selalu rasa sangat dahaga 
2. Sering merasa lapar
3. Kerap membuang air kecil
4. Selalu keletihan
5. Penglihatan mula kabur
6. Luka yang susah dan lambat untuk sembuh
7. Nafas berbau manis
8. Penurunan berat badan
9. Badan rasa lemah
10. Mudah mengantuk 

Gejala ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak mengira jantina dan umur. Bagi pesakit diabetes jenis II, kemungkinan untuk mendapat tanda-tanda seperti di atas adalah sedikit ataupun tiada tanda  langsung. 

Jika diabetes tidak dijaga dengan betul, ianya boleh merosakkan saraf dan juga salur darah. Secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada buah pinggang, jantung, mata dan kaki (menyebabkan luka akan jadi susah dan lambat sembuh). Bagi pesakit Diabetes jenis II, harus beringat kerana komplikasi mata berlaku secara senyap. 

Jadi, sangat penting bagi kita untuk mengetahui tanda-tanda awal penyakit diabetes ini agar langkah awal dapat diambil. Jika terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor. Bagi yang mempunyai sejarah keturunan pesakit kencing manis, dari awal anda sudah patut menjaga pemakanan dan selalu melakukan senaman bagi mengelakkan kegemukan dan obesiti. 

Amalkan gaya hidup sihat.

Bak kata pepatah, "Mencegah itu Lebih Baik Dari Mengubati". Jadi, sayangi diri anda dan keluarga. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Beringat ya demi masa depan kesihatan yang baik. 

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL
KAWASAN COD: KOTA TINGGI, JOHOR BAHRU

No comments:

Post a Comment