Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

Monday, October 16, 2017

7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

Assalamualaikum.


Bila bercakap tentang penyakit kencing manis, mesti risau kan, ada tak rawatan, ada tak cara untuk menyembuhkan, apa ubat yang perlu diambil dan sebagainya. Sememangnya terdapat 2 rawatan perubatan moden yang boleh dilakukan iaitu rawatan insulin dan juga pengambilan ubat bagi kencing manis jenis 2. Tetapi semua rawatan ini akan mempunyai kesan sampingan walaupun terbukti berkesan. Cuma ada juga cara-cara untuk minimakan kesan sampingan tersebut.

Dekat entry ni, mira nak cerita mengenai 7 ubat kencing manis berdasarkan petua tradisional. Petua tradisional ini tidaklah boleh diyakini 100%, tetapi boleh dijadikan ikhtiar untuk mengawal paras gula dalam darah tanpa kesan sampingan. "Natural remedy" biasanya memang terbaik kan sebab tanpa sebarang bahan kimia dan kesan sampingan. Tetapi, sebelum mengambil ubatan tradisional ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan anda. 

7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

1. Cengkih




Cengkih mengandungi antioksidan dan berfungsi sebagai anti-radang. Ia juga bagus untuk penghadaman bagi pesakit kencing manis selain dari untuk menjaga jantung. Pesakit kencing manis yang disebabkan oleh masalah berat badan terutama, memerlukan cengkih sebagai agen pelawasan yang seterusnya membantu untuk mengawal berat badan.


2. Teh Hijau




Ekstrak teh hijau boleh membantu untuk proses pembakaran lemak dan kalori yang penting bagi proses penurunan berat badan. Teh hijau ini dikatakan mampu membantu untuk menurunkan berat badan. Proses pencernaan yang bagus, penyerapan dan metabolism makanan dapat ditingkatkan dengan pengambilan ekstrak teh hijau ini. Bagi pesakit diabetes, penurunan berat badan amat penting bagi mereka untuk mengawal paras gula dalam darah. Selain itu, ia juga membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah dan sangat bagus bagi pesakit kencing manis.


3. Peria Katak




Peria katak ini dikatakan bagus dan berkesan untuk pesakit kencing manis kerana mengandungi hipoglisemik yang boleh membantu mengawal atau menurunkan kadar gula dalam darah. Terdapat entry sebelum ini yang dah mira kongsikan khasiat peria katak bagi pesakit kencing manis. Boleh baca entry di link di bawah ya. 

Baca juga:

4. Rosemary




Rosemary membantu untuk menurunkan berat badan yang merupakan kunci bagi pesakit diabetes yang disebabkan oleh obesiti. Dengan mengamalkan rosemary, inshaAllah berat badan dapat dikawal dan diturunkan dengan cara tradisional dan tidak merbahaya. Selain itu, yang paling penting khasiatnya adalah membantu untuk menormalkan paras gula dalam darah secara semulajadi.

5. Halia


Diabetes merupakan penyakit yang disebabkan oleh gangguan pencernaan dan kebiasaannya pesakit ini mempunyai masalah refluks asid. Di sini halia berfungsi bagi melegakan saluran pencernaan dan membantu penghadaman. Halia juga membantu bagi meningkatkan paras hormon dalam badan dan pada masa yang sama membantu mengawal paras gula dalam darah. 


6. Daun kari



Daun kari kebiasaannya popular untuk dunia masakan tapi tahukah anda bahawa daun kari juga mampu membantu untuk mengawal paras glukosa darah. Menurut satu kajian di India, daun kari mengandungi fitokimia yang dapat mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes jenis 2 dengan membantu untuk menurunkan paras glukosa darah selepas berpuasa. 
7. Daun Sage



Sejak berabad lalu, daun sage telah digunakan dalam dunia perubatan tradisional  sebagai salah satu ramuan yang bertujuan untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Menurut satu kajian dalam British Journal of Nutrition, daun ini dikatakan mempunyai kesan seperti metformin yang merupakan ubat bagi pesakit diabetes. Anda dinasihatkan agar tidak mengambil herba sage ini bersama dengan ubat diabetes kerana boleh menyebabkan anda terkena hipoglisemia iaitu paras gula terlalu rendah. 
Selain ubatan tradisional di atas, di sini mira terangkan beberapa pilihan rawatan moden yang anda boleh lakukan beserta beberapa kesan sampingan. 

1. Rawatan insulin
Rawatan insulin merupakan rawatan yang paling berkesan bagi menurunkan dan juga mengawal paras gula dalam darah. Rawatan ini juga bagus dan berkesan untuk mengelakkan sebarang komplikasi diabetes dari terus berkembang dan juga gejala penyakit diabetes dapat dikurangkan. Tetapi terdapat beberapa kesan sampingannya seperti menyebabkan merasa sedikit sakit, berkemungkinan untuk terkena hipoglisemia (paras gula terlalu rendah) dan juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan. 
2. Menggunakan jenis ubat pil diabetes
Selain meggunakan rawatan insulin, pilihan ini adalah pilihan ramai untuk mengawal diabetes kerana lebih mudah, praktikal dan tidak menyakitkan. Melalui pengambilan ubat pil diabetes, dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan risiko komplikasi diabetes seperti jantung, mata, buah pinggang dan juga gejala-gejala lain dapat dikurangkan. Yang paling penting, dengan pengambilan ubat, segala kesan sampingan rawatan insulin seperti hipoglisemia, kesakitan dan pertambahan berat badan dapat dielakkan. Tetapi kemungkinan ada juga kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan ini seperti kemungkinan paras gula tidak berubah, memerlukan anda untuk makan banyak pil dan lain-lain.

Selain dari rawatan moden atau tradisional, anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix Shaklee yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat membantu anda mengawal kencing manis dan sentiasa dalam kesihatan yang baik inshaAllah.

Jadi, pilihan di tangan anda. Kita hanya mampu ikhtiar yang terbaik, moga ada yang serasi dengan kita dan dengan izin Allah dapat membantu menyembuhkan. Apa pun, berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui tahap kesihatan anda terlebih dahulu. 

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Rujukan: https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00000966_128005.pdf


Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]
[7 Cara Mencegah Kencing Manis]

Thursday, October 12, 2017

Rawatan Kencing Manis

Assalamualaikum.

Kencing manis adalah satu penyakit yang berterusan seumur hidup apabila pesakit disahkan menghidap kencing manis. Terdapat beberapa rawatan bagi pesakit kencing manis jenis 2 manakala bagi jenis 1 pula rawatannya hanyalah menggunakan insulin sahaja. Rawatan untuk pesakit kencing manis ini tidak dapat mengubati cuma dapat membantu mengawal paras gula dan mengembalikan paras gula darah kepada normal, mengurangkan simptom yang dihidapi pesakit dan juga mengelakkan dari berlakunya sebarang komplikasi. Penyakit kencing manis memerlukan rawatan dan kawalan berkala kerana apabila dibiarkan ianya akan memudaratkan dan menyebabkan penyakit lain pula seperti kerosakan pada mata, kaki, buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis, penjagaan rapi perlu dilakukan. 




Bagi pesakit kencing manis jenis 1, rawatan yang boleh dilakukan hanyalah rawatan insulin sahaja kerana kerosakan pada pankreas. 

Manakala bagi pesakit jenis 2, ubat tablet atau rawatan insulin atau kedua-duanya sekali boleh diberikan bergantung kepada tahap penyakit tersebut. 

Insulin merupakan ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Pada tahun 1921, insulin mula dihasilkan untuk rawatan pesakit kencing manis. Pada masa itu, terdapat hanya 2 bentuk insulin iaitu jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan oleh badan dan insulin ini diperbuat daripada yis dan bakteria. Insulin cuma diberi melalui suntikan kerana apabila diberi melalui mulut ianya boleh dimusnahkan dalam perut. 

Bagi pesakit kencing manis jenis 2, ini adalah contoh jenis-jenis ubat untuk rawatan diabetes.
1. Sulfonylurea 
Nama Generik:
- Glibenclamide
- Gliclazide
- Glimepiride

Kesan sampingan: Gejala hipoglisemia seperti risau, sawan, menguap, loya, berasa kebas pada bibir dan lidah, loya, berpeluh, menggigil, rasa lapar yang keterlaluan dan keliru.

2. Biguanide 
Nama Generik:
- Metformin

Kesan sampingan: cint-birit, muntah, loya, buang angin

3. Thiazolidine- diones 
Nama Generik:
Rosiglitazone

Kesan sampingan:  Kaki bengkak, pertambahan berat badan, air berkumpul dalam badan, kegagalan fungsi jantung

4. Insulin 
Nama Generik:
Insulin Human Isophane (NPH)
Insulin Human Regular

Kesan sampingan:  penambahan berat badan, hipoglisemia, kulit yang hipersensitif, lipodistrophy

Ketika rawatan kencing manis diberikan, pesakit cenderung untuk terkena hipoglisemia. Hipoglisemia boleh berlaku disebabkan kadar gula dalam darah yang terlalu rendah. Perkara ini biasanya berlaku kerana: 
- kurang makan atau lambat makan. 
- tidak makan pada waktu yang ditetapkan. 
- mengambil terlampau banyak ubat kencing manis dan insulin
- bersenam dengan perut kosong
- tidak makan selepas cucuk insulin atau makan ubat
- membuat aktiviti yang terlampau berat 

Jadi, apa perlu dilakukan apabila terkena hipoglisemia?
1. Cepat-cepat makan atau minum sesuatu yang manis
2. Makan makanan yang berkarbohidrat seperti bijirin, roti, atau nasi setelah rasa sihat sedikit

Peringatan!
Anda dinasihatkan perlu sentiasa membawa gula-gula, biskut atau makanan yang manis bersama-sama ketika keluar. 

Penyakit kencing manis adalah penyakit yang sangat berisiko tinggi. Oleh itu, penyakit ini perlu dijaga dengan baik dan jangan sesekali ambil mudah dengan penjagaan penyakit ini seperti tidak kawal pemakanan dan sebagainya kerana ianya akan membawa mudarat yang lebih teruk lagi. Kerosakan jangka masa panjang boleh berlaku akibat kandungan gula dalam darah tinggi seperti penyakit katarak, pendarahan dalam mata yang seterusnya boleh mengakibatkan buta. Selain itu, ianya boleh memberi kesan kepada saraf yang membuatkan pesakit rasa kebas atau hilang deria rasa pada kaki dan tangan, menyebabkan gangren, amputasi, dan juga luka. Ia juga boleh menyerang bahagian otak yang boleh mengakibat pesakit terkena angin ahmar atau strok. Kegagalan buah pinggang dan juga sakit jantung juga boleh berlaku apabila penyakit kencing manis ini tidak dijaga dengan betul.



Selain dari rawatan hospital, anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix Shaklee yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat membantu anda mengawal kencing manis dan sentiasa dalam kesihatan yang baik inshaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]
[7 Cara Mencegah Kencing Manis]


7 Cara Mencegah Kencing Manis

Assalamualaikum.

Kencing manis atau bahasa ilmiahnya digelar diabetes menjadi penyakit yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Beberapa dekad lalu, penyakit ini tidaklah sebegitu terkenal seperti sekarang. Tetapi sekarang penyakit ini seperti wabak pula kerana terlalu ramai yang menghidap penyakit kencing manis. Antara penyebab utama adalah disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat masyarakat kini yang terlalu banyak makan makanan segera, makanan ringan, makanan berproses, dan segala macam makanan yang tidak sihat dan seterusnya membawa kepada penyakit kencing manis. Jadi, dari awal kita kena tahu cara nak mencegah kencing manis ini supaya terhindar dari penyakit ini. 

Secara amnya, mereka yang mempunyai sejarah diabetes sememangnya amat berisiko untuk mewarisi penyakit yang sama dan perlu menjaga pemakanan sejak dari awal lagi kerana diabetes jenis 2 boleh diwarisi melalui keturunan dan juga disebabkan oleh kegemukkan. Manakala diabetes jenis 1 lebih cenderung untuk menyerang kanak-kanak semuda usia 10 tahun jika tidak dijaga makan dari awal dan terlalu banyak didedahkan dengan makanan tidak elok. Diabetes jenis 1 lebih bahaya kerana terpaksa bergantung kepada insulin berbanding diabetes jenis 2. Oleh itu, eloklah kita sama-sama ambil langkah pencegahan awal supaya kita dan ahli keluarga semua tidak terkena penyakit kencing manis ini. Faktor keturunan sememangnya tidak dapat diubah, tetapi faktor pemakan dapat dijaga dengan baik atas kehendak diri kita sendiri. 

Antara cara untuk mencegah kencing manis

1. Menjaga berat badan
Seeloknya sejak dari kecil, kita sudah mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang supaya kita dapat total nutrisi yang diperlukan dalam badan. Jadi, kita tidak akan makan berlebihan yang seterusnya menyebabkan kegemukkan dan obesiti. Selain itu, elakkan makan makanan ringan, makanan segera, makanan berproses yang sememangnya mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi dan merbahaya bukan hanya boleh menggemukkan tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung. Pastikan BMI kita sentiasa normal untuk mengelakkan masalah obesiti dengan sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam. Makanan manis dan berkalori tinggi itu memang sedap dan lazat, boleh diambil dengan kadar yang sedikit tetapi tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan. 


Diet pemakanan seimbang 


2. Jauhkan diri daripada makanan berlemak
Makanan berlemak mudah didapati dengan makanan yang digoreng. Makanan goreng-gorengan seperti ayam goreng, pisang goreng, dan banyak lagi semuanya mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan merbahaya yang boleh membawa kepada kolestrol tinggi dan kencing manis. Jadi, untuk mencegah dari terkena kencing manis, eloklah kita mengelakkan dari makan makanan yang berminyak, berlemak dan tinggi kolestrol. 


Katakan tidak kepada makanan berlemak

3. Banyakkan makanan yang berserat tinggi
Makanan berserat tinggi adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang di dalamnya mengandungi air dan mineral. Pengambilan makanan berserat tinggi boleh mengelakkan sembelit dan membantu dalam pelawasan. Jadi apabila sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar, tiada toksin yang terkumpul dalam badan dan membolehkan kita berpeluh seperti biasa. Mudah untuk kita menjaga berat badan dan mengelakkan kegemukkan. 

Buah-buahan dan sayuran makanan berserat tinggi

4. Bersenam
Ini yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Pastikan anda berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 1000 langkah sehari untuk memastikan badan anda terus berpeluh dengan baik. Bila badan kita berpeluh, sistem perkumuhan berfungsi dengan baik, peluh-peluh akan keluar dan lemak-lemak akan terbakar. Jadi tiada lemak tepu yang tersimpan dan dapatlah kita menjaga berat badan kita. Tanpa senaman, dengan hanya terlalu menjaga makan pun tidak elok untuk kesihatan tubuh badan. Bersenam dan digabungkan dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, inshaAllah kita mudah untuk mendapatkan berat badan ideal dan tiada masalah obesiti yang melanda. 

Amalkan senaman dan gaya hidup sihat

5. Elakkan minum minuman manis
Bila kita keluar makan, kita cenderung untuk selalu memesan minuman manis seperti milo ais, teh ais, nescafe ais yang secara kita tak sedar semuanya tinggi gula kerana kandungan susu di dalamnya. Apabila di rumah pula, kita cenderung untuk buat air-air manis. Selain itu, minuman dalam tin, minuman berkarbonat, atau minuman kotak adalah sangat bahaya kerana kebiasaannya kandungan gula dalam minuman tersebut sangat tinggi! Bayangkan jika anda minum selalu atau hari-hari, memang mudahlah untuk terkena penyakit kencing manis. Jadi, latih diri untuk selalu minum air masak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya sistem perkumuhan dapat berjalan lancar.

Minuman manis memudaratkan 

6. Hindari stress
Stress boleh menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat. Jadi, latih diri untuk mengawal stress, sentiasa tarik nafas apabila stress, buat senaman yoga, atau apa saja yang boleh menghilangkan stress anda. Stress atau tekanan sangat tidak sihat untuk kesihatan badan kerana boleh menggangu sistem dalam badan. Jadi, jangan stress-stress ya. Relaks.

Jangan stress. Relax. 

7. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup setiap malam sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari sangat penting untuk mencegah kencing manis. Hormon kortisol dalam badan boleh meningkat jika kurang tidur dan boleh menyebabkan ketidakstabilan paras gula dalam darah. Oleh itu, pastikan anda tidur awal dan bangun awal bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. 


Tidur yang cukup. Badan sihat otak cergas. 


Jadi, mira dah kongsikan 7 cara untuk mencegah penyakit kencing manis. Memang sukar untuk melaksanakan semua di atas, tetapi anda boleh ikhtiar lakukan satu per satu. Ubahlah gaya hidup anda dan keluarga dari sekarang untuk masa depan yang lebih terjamin dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Semoga kita semua sentiasa sihat-sihat selalu! Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]

Tuesday, October 10, 2017

8 Petua Kencing Manis

Assalamualaikum.

Pada entry lepas, mira dah bercerita tentang tanda-tanda atau simptom kencing manis. Hari ni mira nak cerita tentang petua kencing manis yang selamat dan boleh diamalkan oleh semua pesakit kencing manis jenis II. Petua-petua ini sudah menjadi pilihan ramai sejak berkurun yang lalu. Mesti tertanya-tanya kan apa petuanya tu? Jom sambung baca. 

Selain dari makan ubat-ubatan moden, kita juga boleh ikhtiar dengan ubatan tradisional untuk dijadikan pelengkap. Jika serasi dengan badan, inshaAllah paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Terdapat beberapa petua yang sering digunakan oleh masyarakat kita dan ada yang terbukti dapat mengawal paras gula dalam darah. 

Petua Kencing Manis 
1. Peria Katak
2. Lidah Buaya 
3. Kayu Manis
4. Halia
5. Kacang Bendi
6. Bawang putih
7. Gaharu
8. Patawali/Akar Seruntun

Jom tengok dengan lebih mendalam bagaimana petua-petua ini berfungsi bagi menurunkan atau mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

1. Peria Katak

Keratan rentas peria katak 

Peria katak ini selain terkenal sebagai makanan atau sayuran harian, ia juga terkenal digunakan sebagai ubat tradisional untuk macam-macam jenis penyakit termasuk untuk pesakit kencing manis/diabetes jenis II. Mungkin peria ini bukan pilihan ramai untuk mencuba kerana rasanya yang pahit tapi ketahuilah kebiasaannya penawar yang pahit itu yang paling mujarab.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis zat aktif yang bersifat anti-diabetes dalam buah peria katak. Antaranya adalah charantin yang terbukti memberi kesan untuk menurunkan kadar gula dalam darah, polipeptida-p (sebatian insulin) dan vicine. Selain itu, buah ini juga mempunyai lektin yang berfungsi pada tisu periferal dan menekan selera makan yang membantu untuk mengurangkan konsentrasi glukosa darah.

2. Lidah Buaya

Keratan rentas lidah buaya

Terdapat satu penyelidikan awal yang mengatakan dapat meningkatkan paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis dengan pengambilan jus lidah buaya. Jus ini berfungsi untuk menurunkan lipid darah pesakit, menjadikan luka sembuh dengan lebih cepat dan juga dapat membantu mengurangkan bengkak. Kebiasaannya ulser kaki dan luka pada pesakit diabetes memakan masa yang lama untuk sembuh. Jadi, dengan pengambilan jus lidah buaya ini dapat membantu untuk mempercepat penyembuhan luka. 


3. Kayu Manis

Kayu manis

Kayu manis bukan sahaja boleh dibuat untuk masakan, tetapi ia juga mempunyai khasiat tersendiri. Ia mempunyai fungsi anti-diabetes yang boleh membantu mengawal tahap glukosa darah. Eugenol yang terdapat dalam kayu manis dikatakan mampu mengurangkan atau mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit kencing manis. 

4. Halia

Keratan rentas halia

Halia juga sangat terkenal penggunaanya dalam masakan. Ia juga terkenal sebagai rawatan ubatan herba untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan, dan mual. Tetapi tahukah anda halia ini dapat membantu dalam perembesan insulin, mengawal glisemik dan juga melindungi katarak bagi pesakit diabetes. Halia juga dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah bagi jangka masa yang panjang untuk pesakit diabetes jenis II. Menurut seorang penyelidik dari Australia, gingerol yang terdapat dari ekstrak Buderim Ginger (minyak halia Australia) merupakan komponen utama yang aktif yang membolehkan glukosa dibawa ke dalam sel-sel otot tanpa bantuan insulin dan membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.


5. Kacang Bendi

Keratan rentas bendi

Kacang bendi bukan sahaja sedap dimakan sebagai sayuran, tetapi ia juga mempunyai kesan yang bagus bagi mengawal paras gula dalam darah dan juga terdapat khasiat-khasiat lain untuk kesihatan. Ia dikenali sebagai "superfood" bagi mereka yang menghidap diabetes atau berisiko untuk menghidap diabetes. 


6. Bawang putih

Bawang putih 

Bawang putih memang terkenal dengan sifat anti-oksidannya. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan hasil positif mengenai perkaitan bawang putih dengan paras glukosa insulin dan darah. Bawang putih ini dikatakan mampi meningkat rembesan, menurunkan paras gula dalam darah dan juga melambatkan pengurangan insulin. Tetapi, kajian lanjut masih perlu dijalankan terhadap keberkesanan bawang putih ini.

7. Gaharu 


Daun gaharu

Rasanya tidak ramai yang tahu mengenai gaharu. Pokok gaharu dikenali sebagai "emas hitam hutan". Pokok ini sangat terkenal kerana mempunyai pelbagai manfaat dan paling dikehendaki di dunia. Tetapi terdapat manfaat lain daun gaharu yang kurang diketahui umum. Daun gaharu juga boleh dijadikan ubatan dan dikatakan membantu untuk menormalkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Daun gaharu mengandungi saponin, flavonoid, dan heksadekanoat. Menurut para pengamal herba, daun ini boleh membantu mengawal paras gula dan boleh diminum seperti teh. Daunnya dikeringkan sehingga warna hijaunya hilang dan melalui proses pengeringan. Kemudian, dikisar dan boleh dibancuh dengan air panas seperti serbuk teh biasa. Ekstrak daun gaharu juga mempunyai analgesik yang bersifat anti-radang dan boleh merawat keradangan. 

8. Patawali/Akar Seruntun


Pokok patawali

Patawali juga dikenali sebagai akar seruntun, batang wali, atau brotowali. Pokok ini mudah tumbuh menjalar di pagar-pagar dan berjurai. Batang patawali ini merupakan bahagian yang mengandungi paling banyak khasiat dan juga digunakan untuk pesakit kencing manis. Cara menggunakannya mudah sahaja, cuma rebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusannya boleh diminum untuk mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Jadi, itulah 8 petua tradisional untuk pesakit kencing manis yang sudah digunakan sejak berkurun lama oleh nenek moyang kita. Bolehlah ikhtiar dengan mengamalkan petua-petua di atas ya. Tetapi sebelum itu, dpaatkan konsultasi doktor terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesihatan anda. 

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik-baik saja dan dijauhkan dari penyakit ini. Selain menggunakan petua di atas, boleh juga ikhtiar dengan produk terbaik Shaklee iaitu produk yang diberi nama Vivix Shaklee yang sangat bagus untuk pesakit kencing manis. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Jika tak sanggup amalkan petua-petua tradisional ini, bolehlah cuba pati resveratrol yang terdapat dalam Vivix Shaklee ni. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah.


Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL


KAWASAN COD: KOTA TINGGI, JOHOR BAHRU

Thank you for reading!

Monday, October 9, 2017

10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal

Assalamualaikum semua.

Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis dalam kalangan masyarakat kita berlaku disebabkan kekurangan atau ketidak keberkesanan hormon insulin dalam badan. Bagaimana hormon insulin ini berfungsi? Glukosa dapat masuk ke dalam sel-sel dalam badan dengan adanya insulin ini. Glukosa dalam sel-sel ini akan dijadikan sebagai sumber tenaga. Jadi, apabila tiada insulin dalam badan, kadar glukosa darah akan meningkat. Diabetes ini boleh dikesan awal jika kita tahu tanda-tanda diabetes peringkat awal. Sebelum itu, kita berkenalan sikit dengan jenis-jenis diabetes dan perbezaan keduanya. 



Diabetes/Kencing Manis terbahagi kepada 2 jenis:
1. yang bergantung kepada insulin (diabetes Jenis I)
2. yang tidak bergantung kepada insulin (diabetes Jenis II) 

Diabetes jenis 1 jarang-jarang berlaku tetapi apabila berlaku kepada seseorang, keadaanya lebih teruk. Penyakit ini lebih cenderung untuk menyerang golongan yang lebih muda dalam lingkungan 10-16 tahun. Diabetes jenis 1 ini terjadi dengan sangat cepat dan menyebabkan pengeluaran insulin dimusnahkan. Penyakit ini boleh berlaku walaupun tiada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ini dan juga bukan berlaku kerana obesiti atau kegemukan. Gejala yang dihidapi penghidap diabetes jenis 1 ini lebih serius berbanding diabetes jenis II. Rawatan yang boleh dilakukan pada pesakit ini adalah melalui pengawalan pemakanan dan juga menggunakan suntikan insulin. 

Berbeza pula bagi pesakit diabetes jenis II yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Pesakit untuk diabetes jenis ini kebiasaannya adalah dalam lingkungan 35 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. Selain faktor sejarah keluarga, diabetes jenis ini juga sering berlaku atas faktor kegemukan dan obesiti. Diabetes jenis II ini menyebabkan paras glukosa meningkat dan berlaku secara perlahan-lahan akibat insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi. 

Bahayanya diabetes jenis II ini kerana ianya berlaku secara senyap atau dikatakan sebagai penyakit senyap dan kebiasaannya cuma dapat dikesan apabila terjadinya komplikasi atau kebetulan sedang buat rawatan. Rawatan yang boleh dilakukan bagi persakit diabetes jenis II ini adalah dengan mengawal pemakanan dan senaman bertujuan mengurangkan berat badan. Selain itu, melalui ubat yang diberi oleh doktor dan juga suntikan insulin bagi kes tertentu.

Jadi, kita dah kenal serba sedikit tentang penyakit diabetes. Bagaimana pula nak tahu tanda-tanda diabetes peringkat awal?

Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal
1. Selalu rasa sangat dahaga 
2. Sering merasa lapar
3. Kerap membuang air kecil
4. Selalu keletihan
5. Penglihatan mula kabur
6. Luka yang susah dan lambat untuk sembuh
7. Nafas berbau manis
8. Penurunan berat badan
9. Badan rasa lemah
10. Mudah mengantuk 

Gejala ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak mengira jantina dan umur. Bagi pesakit diabetes jenis II, kemungkinan untuk mendapat tanda-tanda seperti di atas adalah sedikit ataupun tiada tanda  langsung. 

Jika diabetes tidak dijaga dengan betul, ianya boleh merosakkan saraf dan juga salur darah. Secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada buah pinggang, jantung, mata dan kaki (menyebabkan luka akan jadi susah dan lambat sembuh). Bagi pesakit Diabetes jenis II, harus beringat kerana komplikasi mata berlaku secara senyap. 

Jadi, sangat penting bagi kita untuk mengetahui tanda-tanda awal penyakit diabetes ini agar langkah awal dapat diambil. Jika terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor. Bagi yang mempunyai sejarah keturunan pesakit kencing manis, dari awal anda sudah patut menjaga pemakanan dan selalu melakukan senaman bagi mengelakkan kegemukan dan obesiti. 

Amalkan gaya hidup sihat.

Bak kata pepatah, "Mencegah itu Lebih Baik Dari Mengubati". Jadi, sayangi diri anda dan keluarga. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Beringat ya demi masa depan kesihatan yang baik. 

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL
KAWASAN COD: KOTA TINGGI, JOHOR BAHRU

Saturday, October 7, 2017

4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis

Assalamualaikum semua.


Pernah dengar tak bila orang cakap pasal kencing manis je, mesti orang kaitkan dengan peria katak.  Tertanya-tanya tak kenapa peria katak? Apa kaitannya. Siapa tak kenal lagi apa tu peria katak? Tu spesis katak ke? haha Bukanlah, peria katak ni sejenis sayuran atau ulam.

Wajah peria katak


Peria katak ni dah digunakan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi sebagai "natural remedy" untuk penyakit kencing manis tau. Cuma dulu-dulu penyakit2 macam kencing manis, darah tinggi ni tak begitu ramai yang kena. Ye la, tengok la pemakanan orang dulu-dulu macam mana. Kebanyakkan semua yang sihat2 saja. 

Orang zaman sekarang je pemakanan tak dijaga. Makanan ringan, "fast food", minuman bergas yang tinggi gula, dan macam-macam lagi. Memang semuanya tak sihat. Tapi itulah budaya pemakanan orang Malaysia yang menyebabkan sangat ramai kena penyakit diabetes, darah tinggi, obesiti. Bukan orang tua sahaja, malah sekarang budak2 lagi dah boleh terkena penyakit ni bila tak kawal cara pemakanan. Nauzubillah.

Jadi, pada yang dah kena penyakit kencing manis. Pemakanan wajib dijaga. Jangan bedal je semua makanan terutama makanan yang tinggi gula. Sangat bahaya. Berapa ramai yang anggota badan seperti kaki dan tangan terpaksa dipotong akibat kencing manis, akibat tidak menjaga pemakanan. Sayangi diri anda. 

Antara ikhtiar yang boleh diambil oleh orang yang menghidap kencing manis adalah makan peria katak. Seeloknya makan mentah saja seperti ulam, tapi rasa peria katak sangatlah pahit. Mungkin ada yang tak boleh telan pun. Tapi ketahuilah lagi pahit sesuatu ubat tu, lagi mujarab. Pada yang tak boleh telan macam tu je, kita boleh pelbagaikan resepi peria katak ni. Boleh baca di sini ya; 7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Jom kita baca beberapa khasiat peria katak yang dikatakan sangat mujarab bagi penghidap kencing manis. 

Antara kandungan dan khasiat dalam peria katak
1. Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, mangan, fosforus, zink, fiber, yang sangat tinggi
2. Kandungan kalori yang rendah
3. Beta karotene dalam peria katak adalah 2x ganda daripada kandungan dalam brokoli, 2x ganda kalsium yang terdapat dalam bayam, dan 2x ganda potassium yang terdapat dalam pisang

Khasiat peria katak
1. Peria katak boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah 
Peria katak mengandungi hipoglisemik yang dapat membantu menurunkan gula dalam darah. Dalam erti kata yang lebih mudah, dengan memakan buah peria ini prosesnya lebih kurang sama dengan rawatan untuk menjadikan gula dalam darah normal semula. 


2. Dapat melegakan saluran pernafasan 
Bagi pesakit diabetes, mungkin kadang kala ada masalah pernafasan akibat kadar gula yang tinggi dalam darah. Rasa pahit yang terdapat pada peria katak dapat membantu membuka deria-deria rasa pada saluran udara. Jadi, saluran akan terbuka luas dan melancarkan peredaran udara. 


3. Peria katak sesuai untuk pesakit diabetes yang ingin diet 
Peria katak sesuai untuk diet kerana mempunyai kalori yang rendah dan juga sesuai bagi orang diabetes yang ingin menurunkan berat badan. Jadi, dengan makan peria katak, kalori harian akan jadi lebih terkawal. 


4. Peria katak adalah anti-oksidan
Bagi pesakit diabetes, kepekatan dalam darah adalah sangat tinggi yang menjadikan risiko pengoksidaan dan keradangan meningkat. Perkara ini boleh membawa kepada rasa kebas-kebas pada kaki, penyakit buah pinggang, sakit jantung, strok dan lain-lain. Jadi, dengan mengamalkan pengambilan peria katak ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko semua penyakit tersebut kerana dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dengan sifat anti-oksidan yang terdapat pada peria katak. . 


Jadi, kesimpulannya, peria katak sangat digalakkan untuk diambil oleh pesakit kencing manis. Mungkin boleh dijadikan ikhtiar bagi mengawal kencing manis yang dihidapi. Penyakit ini sekarang menular bagai wabak. Perkara ini berlaku kerana gaya hidup yang tidak sihat oleh masyarakat hari ini yang langsung tidak menjaga pemakanan seharian. 

Sebelum terkena, eloklah kita semua berhati-hati dan mengawal pemakanan harian kita. Amalkan makanan yang seimbang, jauhi "fast food", "junk food", minuman manis, bergas dan makanan lain yang tidak sihat dan tinggi kalori. Bak kata pepatah orang putih, "prevention is better than cure". Bila dah terkena, menyesal seumur hidup sebab penyakit kencing manis adalah penyakit yang tidak boleh hilang, cuma dapat dikawal sahaja. 

Selain boleh mengawal kencing manis dengan mengamalkan memakan peria katak, anda patut tahu tentang Resveratrol. Resveratrol ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Jika tak sanggup makan peria katak yang pahit ini, bolehlah cuba pati resveratrol yang terdapat dalam Vivix Shaklee ni. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah.
Nanti mira akan cerita tentang Vivix ya, yang sangat bagus bagi pesakit kencing manis. Kalau tak sabar nak tahu, boleh la hubungi mira untuk pertanyaan lanjut. 
Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL
KAWASAN COD: KOTA TINGGI, JOHOR BAHRU

Thank you for reading!