Thursday, October 12, 2017

7 Cara Mencegah Kencing Manis

Assalamualaikum.

Kencing manis atau bahasa ilmiahnya digelar diabetes menjadi penyakit yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Beberapa dekad lalu, penyakit ini tidaklah sebegitu terkenal seperti sekarang. Tetapi sekarang penyakit ini seperti wabak pula kerana terlalu ramai yang menghidap penyakit kencing manis. Antara penyebab utama adalah disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat masyarakat kini yang terlalu banyak makan makanan segera, makanan ringan, makanan berproses, dan segala macam makanan yang tidak sihat dan seterusnya membawa kepada penyakit kencing manis. Jadi, dari awal kita kena tahu cara nak mencegah kencing manis ini supaya terhindar dari penyakit ini. 

Secara amnya, mereka yang mempunyai sejarah diabetes sememangnya amat berisiko untuk mewarisi penyakit yang sama dan perlu menjaga pemakanan sejak dari awal lagi kerana diabetes jenis 2 boleh diwarisi melalui keturunan dan juga disebabkan oleh kegemukkan. Manakala diabetes jenis 1 lebih cenderung untuk menyerang kanak-kanak semuda usia 10 tahun jika tidak dijaga makan dari awal dan terlalu banyak didedahkan dengan makanan tidak elok. Diabetes jenis 1 lebih bahaya kerana terpaksa bergantung kepada insulin berbanding diabetes jenis 2. Oleh itu, eloklah kita sama-sama ambil langkah pencegahan awal supaya kita dan ahli keluarga semua tidak terkena penyakit kencing manis ini. Faktor keturunan sememangnya tidak dapat diubah, tetapi faktor pemakan dapat dijaga dengan baik atas kehendak diri kita sendiri. 

Antara cara untuk mencegah kencing manis

1. Menjaga berat badan
Seeloknya sejak dari kecil, kita sudah mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang supaya kita dapat total nutrisi yang diperlukan dalam badan. Jadi, kita tidak akan makan berlebihan yang seterusnya menyebabkan kegemukkan dan obesiti. Selain itu, elakkan makan makanan ringan, makanan segera, makanan berproses yang sememangnya mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi dan merbahaya bukan hanya boleh menggemukkan tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung. Pastikan BMI kita sentiasa normal untuk mengelakkan masalah obesiti dengan sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam. Makanan manis dan berkalori tinggi itu memang sedap dan lazat, boleh diambil dengan kadar yang sedikit tetapi tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan. 


Diet pemakanan seimbang 


2. Jauhkan diri daripada makanan berlemak
Makanan berlemak mudah didapati dengan makanan yang digoreng. Makanan goreng-gorengan seperti ayam goreng, pisang goreng, dan banyak lagi semuanya mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan merbahaya yang boleh membawa kepada kolestrol tinggi dan kencing manis. Jadi, untuk mencegah dari terkena kencing manis, eloklah kita mengelakkan dari makan makanan yang berminyak, berlemak dan tinggi kolestrol. 


Katakan tidak kepada makanan berlemak

3. Banyakkan makanan yang berserat tinggi
Makanan berserat tinggi adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang di dalamnya mengandungi air dan mineral. Pengambilan makanan berserat tinggi boleh mengelakkan sembelit dan membantu dalam pelawasan. Jadi apabila sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar, tiada toksin yang terkumpul dalam badan dan membolehkan kita berpeluh seperti biasa. Mudah untuk kita menjaga berat badan dan mengelakkan kegemukkan. 

Buah-buahan dan sayuran makanan berserat tinggi

4. Bersenam
Ini yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Pastikan anda berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 1000 langkah sehari untuk memastikan badan anda terus berpeluh dengan baik. Bila badan kita berpeluh, sistem perkumuhan berfungsi dengan baik, peluh-peluh akan keluar dan lemak-lemak akan terbakar. Jadi tiada lemak tepu yang tersimpan dan dapatlah kita menjaga berat badan kita. Tanpa senaman, dengan hanya terlalu menjaga makan pun tidak elok untuk kesihatan tubuh badan. Bersenam dan digabungkan dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, inshaAllah kita mudah untuk mendapatkan berat badan ideal dan tiada masalah obesiti yang melanda. 

Amalkan senaman dan gaya hidup sihat

5. Elakkan minum minuman manis
Bila kita keluar makan, kita cenderung untuk selalu memesan minuman manis seperti milo ais, teh ais, nescafe ais yang secara kita tak sedar semuanya tinggi gula kerana kandungan susu di dalamnya. Apabila di rumah pula, kita cenderung untuk buat air-air manis. Selain itu, minuman dalam tin, minuman berkarbonat, atau minuman kotak adalah sangat bahaya kerana kebiasaannya kandungan gula dalam minuman tersebut sangat tinggi! Bayangkan jika anda minum selalu atau hari-hari, memang mudahlah untuk terkena penyakit kencing manis. Jadi, latih diri untuk selalu minum air masak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya sistem perkumuhan dapat berjalan lancar.

Minuman manis memudaratkan 

6. Hindari stress
Stress boleh menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat. Jadi, latih diri untuk mengawal stress, sentiasa tarik nafas apabila stress, buat senaman yoga, atau apa saja yang boleh menghilangkan stress anda. Stress atau tekanan sangat tidak sihat untuk kesihatan badan kerana boleh menggangu sistem dalam badan. Jadi, jangan stress-stress ya. Relaks.

Jangan stress. Relax. 

7. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup setiap malam sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari sangat penting untuk mencegah kencing manis. Hormon kortisol dalam badan boleh meningkat jika kurang tidur dan boleh menyebabkan ketidakstabilan paras gula dalam darah. Oleh itu, pastikan anda tidur awal dan bangun awal bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. 


Tidur yang cukup. Badan sihat otak cergas. 


Jadi, mira dah kongsikan 7 cara untuk mencegah penyakit kencing manis. Memang sukar untuk melaksanakan semua di atas, tetapi anda boleh ikhtiar lakukan satu per satu. Ubahlah gaya hidup anda dan keluarga dari sekarang untuk masa depan yang lebih terjamin dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Semoga kita semua sentiasa sihat-sihat selalu! Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]

No comments:

Post a Comment