Saturday, October 7, 2017

7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Assalamualaikum semua.
Hari ni mira nak share 7 resepi best tentang peria katak. Haaaa, jangan ingat peria katak boleh nak makan macam tu je tau. Kita boleh variasikan ikut tekak kita hiks. Tapi kenapa resepi hari ni tentang peria katak? Haaaa, sebabnya ada 1001 khasiat peria katak ni. Terutamanya bagus untuk pesakit kencing manis tau. Tapi untuk khasiat tu nanti mira share dekat entry lain ya. Kali ni kita fokus pada resepi lazat sedap untuk peria katak ni.

Okay, selain boleh makan begitu sahaja, jom kita variasikan resepi peria katak ni. Tapi sebaiknya lagi pahit peria katak tersebut, lagi mujarab untuk yang mengambil peria katak ni untuk kencing manis tau. Maklumlah, ubat kan sememangnya lagi pahit lagi mujarab. Cuma kita je la tahan atau tidak kan. Peria katak ni sejak zaman nenek moyang kita lagi dah digunakan sebagai ubat tau. Jadi memang banyak khasiatnya. Walaupun kita ni tak sakit, kalau makan peria katak inshaAllah boleh dapat sama khasiat untuk tubuh.

Jom tengok 7 resepi lazat peria katak

1. Peria katak goreng telur


 Peria katak goreng telur
Bahan-bahan
2 biji peria katak
2 biji telur
2 biji bawang putih*
3 biji bawang merah*
2 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

* ditumbuk kasar

Cara-cara
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit.
3. Tumis semua bahan-bahan bertanda * dan cili kisar sehingga pecah minyak
4. Masukkan potongan peria dan gaul rata sehingga layu
5. Masukkan garam gula secukup rasa
6. Masukkan telur, gaul dan goreng sehingga telur masak.

2. Peria Katak Masak Lemak Udang

Peria katak masak lemak

Bahan-bahan
2 biji peria katak
5-6 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
10 ekor udang saiz sederhana
1 cawan santan pekat 
1 keping asam keping
1 cawan air

-kisar semua bahan bertanda *

Cara-cara 
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit.
3. Tumiskan bahan2 kisar
4. Masukkan peria katak, santan, air, asam dan juga garam
6. Masukkan udang
5. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah dan biarkan hingga mendidih.
6. Siap!

3. Peria Katak Masak Sambal

Peria katak masak sambal

Bahan-bahan
2 biji peria katak
1 inci halia*
2 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
5 sudu cili kisar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

-kisar bahan bertanda *

Cara-cara 
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit.
3. Tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak
4. Masukkan air asam jawa dan juga garam gula secukup rasa
5. Masukkan peria katak yang sudah ditoskan
5. Siap!

4. Peria Katak Masak Taucu Berudang

Peria katak masak taucu berudang

Bahan-bahan
2 biji peria katak
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 biji cili api hijau (dibelah 2)
Sepeket taucu
1 sudu teh pes asam jawa
10 ekor udang saiz sederhana
Garam dan gula secukup rasa

- hiris bahan bertanda *

Cara-cara
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit. Kemudian toskan.
3. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
4. Masukkan taucu dan udang
5. Masukkan peria yang telah ditoskan dan kacau sebati
6. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan air
6. Siap!


5. Peria Katak Goreng Garing

Peria katak goreng garing

Bahan-bahan
2 biji peria katak
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu serbuk kari 
Sedikit garam

Cara-cara
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit. Kemudian toskan.
3. Gaulkan tepung serbaguna, serbuk kari, sedikit garam dalam bekas
4. Kemudian masukkan peria katak yang telah ditoskan ke dalam campuran tadi dan gaul rata
5. Panaskan minyak dan boleh goreng sehingga garing dengan api sederhana 

6. Peria Katak Masak Telur Asin Berlada

Peria katak masak telur asin berlada

Bahan-bahan
2 biji peria katak
1 biji telur masin
1 biji cili hijau *
1 biji cili cili merah *
5 biji cili padi dibelah 2
garam secukup rasa

-hiris bahan bertanda *

Bahan kisar
1 sudu ikan bilis
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*

-kisar bahan bertanda *

Cara-cara
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit. Kemudian toskan.
3. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
4. Ketepikan bahan2 tumis dan pecahkan telur asin. Gaul rata bersama bahan2 tumis tadi
5. Masukkan garam gula secukup rasa
6. Masukkan peria yang telah ditoskan dan kacau sebati
7. Siap!

7. Jus Peria Katak + Epal Hijau

Selain boleh dipelbagaikan resepi peria katak. Peria katak ini juga boleh dibuat jus tau.
 Jom tengok resepinya, boleh terliur dibuatnya. 

Bahan-bahan
2 biji peria katak
2 biji epal hijau
1 gelas air
Madu

Cara-cara
1. Bersihkan peria katak dan potong kepada 2 bahagian. Kemudian hiris nipis dalam 1cm.
2. Rebus dalam air garam selama 15 minit bagi menghilangkan rasa pahit. Kemudian toskan.
3. Potong epal hijau menjadi potongan kecil
4. Blend peria katak bersama epal hijau dalam pengisar jus sehingga halus
5. Tapis dan ambil jusnya
6. Masukkan sedikit madu untuk tambah kemanisan jus
7. Siap!

Haaaa, resepi yang mana memikat hati nurani awak semua? Meh la share di ruangan komen. Kalau bermanfaat, boleh share post ni di facebook ya.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee,
Boleh hubungi,
Puan Mira
+6017-424 7110
COD: Kota Tinggi, Johor
POS: Seluruh Malaysia

Thank you for reading!





No comments:

Post a Comment